Like FB SMATS KB

Friday, November 4, 2011

JOTA 2011

Pada 14 Oktober 2011,program JOTA (Jamboree On The Air) telah diadakan di BP House, Kota Kinabalu. Seramai 11 orang ahli pengakap dari SMKA Tun Said telah dihantar untuk mewakili sekolah untuk menyertai program tersebut.




Pedaftaran peserta bermula daripada pukul 2.00 petang dan peserta telah mendirikan khemah kira-kira pukul 4.00 petang setelah selesai urusan pendaftaran. Selain SMATS terdapat juga sekolah lain yang datang untuk menyertai proggram tersebut. Pada pukul 5.00 petang, kami telah diberi taklimat perkhemahan JOTA, riadah petang dan istiadat menurunkan bendera. Pada sebelah malam pula, kami mendengar ceramah pengenalan kepada Radio Amatur dan Tatacara & Etika JOTA sehingga jam 10 malam.




Keesokan harinya pada 15 Oktober 2011, kami bangun dan solat pada jam 5 pagi.Pada jam 6 hingga 8 pagi, kami melakukan aktiviti senaman pagi, rehat/mandi/sarapan dan istiadat pagi. Kami melakukan Aktiviti Berpengkalan 1 dan Aktiviti Berpusat 1 dari jam 8 hingga 10.30 pagi dan berehat seketika pada jam 10 pagi kemudian solat.




Aktiviti diteruskan pada jam 2 petang iaitu membuat Kad QSL dan minum petang. Pada jam 4 hingga 6 petang, kami telah diberi ceramah tentang Kod Morse,riadah petang dan istiadat menurunkan Bendera/Rehat/Solat & Makan Malam. Pada sebelah malam pula, pertandingan Kuiz JOTA dan CQ JOTA telah diadakan dari jam 8 hingga jam 10.30 malam. Kemudian Stesen JOTA telah ditutup pada jam 11 malam.




Hari terakhir pekhemahan, 16 Oktober 2011, raptai Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada sebelah awal pagi manakala upacara rasmi Majlis Perasmian Penutupan telah berlangsung pada pukul 2.00 petang. Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin berkata program JOTA yang dikendalikan bersama Kelab Radio Amatur Borneo berupaya menarik minat Pengakap luar negara untuk mengunjungi Sabah. Teks bacaannya dibacakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim.

Selain itu, hadiah juga telah disampaikan kepada pemenang aktiviti JOTA. Banyak anugerah yang telah diterima oleh wakil-wakil sekolah SMATS. Majlis itu telah berakhir pada jam 4 petang tapak perkhemahan telah dibersihkan dan sesi photograpi telah diadakan untuk tanda kenang-kenangan. Selesai sesi photograpi kami bersiap sedia untuk pulang ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah