Like FB SMATS KB

Sunday, July 31, 2011

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sabah 2011M / 1432H

Berikut pula adalah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 2011 (1432H) bagi seluruh negeri Sabah yang dibahagikan kepada 9 zon/kawasan, iaitu:
  • Zon 1: (Bahagian Sandakan; Timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam
  • Zon 2: (Bahagian Sandakan; Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
  • Zon 3: (Bahagian Tawau; Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu
  • Zon 4: (Bahagian Tawau; Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
  • Zon 5: (Bahagian Kudat) Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
  • Zon 6: Gunung Kinabalu; Ketinggian 4,101 M
  • Zon 7: (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
  • Zon 8: (Bahagian Pedalaman; Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau
  • Zon 9: ( Bahagian Pedalaman; Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang
(sila klik jadual di bawah untuk paparan yang lebih jelas)

Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadan


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka pintu taubat buat setiap hati insani. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada semua warga SMATS. Semoga keberkatan Ramadan sentiasa dilimpahkan kepada kita semua serta selamat bercuti pada 1 Ogos 2011 [ Isnin] sempena menyambut awal Ramadhan - daripada Unit Kokurikulum SMKA Tun Said .

Thursday, July 28, 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMATS KALI KE 11 2011.

Pada 22 dan 23 Julai 2011 SMKA TUN SAID telah mengadakan kejohanan padang dan balapan peringkat sekolah bertempat di padang SMATS. Peserta bagi kejohanan itu adalah rumah -rumah sukan iaitu rumah sukan Kuning,Merah,Hijau dan Biru. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Puan Seraya Sulaiman iaitu pengetua SMATS. Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 15oo m L15,lompat kijang,lompat jauh,lontar peluru dan banyak lagi.

Pada hari kedua pula pengetua-pengetua dari sekolah berdekatan telah dijemput untuk menyaksikan kejohanan tersebut. Majlis perasmian dan penutupan telah dirasmikan oleh yang amat berhormat pegawai pelajaran daerah Kota Belud. Johan keseluruhan bagi kejohanan tersebut ialah rumah sukan Merah (19 emas),naib johan rumah sukan Hijau (17 emas),tempat ke-3 rumah sukan Kuning (16 emas).

Olahragawan SMATS bawah 15 telah dinobatkan kepada Mohd Zuhaily Bin Uslee yang mandapat 4 emas dan telah memecahkan rekod 200M dan lompat tinggi. Manakala olahragawan bawah 18 pula ialah Datu Mohd Muallim Bin Datu Moksan yang telah mendapat 4 emas rekod 1500M telah diperbaharui.
Bagi olahragawati bawah 15 jatuh kepada Siti Norazilah Binti Maklin yang mendapat 2 emas dan rekod 800M telah diperbaharui. Manakala olahragawati bawah 18 pula ialah Nurshazlin Binti Mohd Hafiz yang mendapat 1 emas rekod lompat kijang telah diperbaharui.

Selain itu terdapat juga pertandingan perbarisan antara rumah sukan yang telah dimenangi oleh rumah sukan Merah serta satu acara khas untuk warga SMATS iaitu acara 200M terbuka.

By: Adzmil

Wednesday, July 27, 2011

Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas SHELL


Tahniah diucapkan kepada pasukan lalu lintas SMATS ,kerana telah berjaya merangkul kedudukan ke-tiga pada tahun ini . Seperti biasa penyertaan daripada sekolah menengah sebanyak 6 buah sekolah. SMK Arshad telah memenangi tempat pertama ,SMK Tambulion pula telah menduduki tempat kedua .
Setelah 7 tahun tidak menduduki tempat tiga teratas, akhirnya usaha yang digembelingkan oleh guru pembimbing, En. Ruslee bersama para peserta lalu lintas SHELL telah membuahkan hasilnya. Semoga kejayaan yang lebih baik akan dimiliki oleh pasukan SMATS pada tahun yang akan datang.




by: mu_az

Saturday, July 23, 2011

Perkhemahan Pengakap peringkat Daerah Kota Belud











Perkhemahan pengakap peringkat daerah Kota Belud telah diadakan di SK. Tambulion pada 7 hingga 10 Julai 2011.Seramai 436 orang pengakap telah megikuti perkhemahan tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun said telah menghantar seramai 29 orang peserta, 9 orang pengakap Remaja dan 20 orang pengakap Muda.
Pengakap SMATS telah sampai pada jam 11.00 pagi dan telah berjaya mendirikan khemah peserta dan khemah tempat memasak sebelum jam 4.00 petang. Taklimat ringkas oleh pihak urusetia telah diberikan kepada semua peserta perkhemahan.Hanya satu pertandingan sahaja yang dijalankan iaitu pertandigan masakan ala rimba pada sebelah malamnya. Pelbagai aktiviti diadakan iaitu pertandingan simpulan dan ikatan, pertandingan kuiz pengakap, pertolongan cemas dan halangan komando.Setiap sekolah menghantar 3 hingga 20 orang wakil bagi setiap pertandingan yang diadakan. Pertandingan malam kebudayaan diadakan pada malam terakhir iaitu pada hari Sabtu.
Perasmian penutup diadakan pada hari terakhir perkhemahan iaitu pada hari Ahad.perasmian penutup perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri ( Latihan) ,Mej (B) Baharuddin bin Ujang. Secara keseluruhannya, pasukan pengakap SMATS telah berjaya memenangi tiga acara yang telah dipertandingkan,kemahiran berpengakap (naib johan), kuiz IQ dan isu semasa (ke tiga) dan tapak perkhemahan (ke tiga).
Sebaik sahaja majlis penutupan, semua peserta menjamah makanan tengahari dan mengemas semua peralatan perkhemahan dan telah selamat sampai ke perkarangan SMKA Tun Said pada jam 5.00 petang. Walaupun peserta berada dalam keletihan, namun pengalaman yang ditimba oleh semua peserta amat bernilai dan diharap dapat digunakan dalam aktiviti perkhemahan yang lain.

by: mu_adz

Gambar Panorama Sekolah