Like FB SMATS KB

Saturday, July 23, 2011

Perkhemahan Pengakap peringkat Daerah Kota Belud











Perkhemahan pengakap peringkat daerah Kota Belud telah diadakan di SK. Tambulion pada 7 hingga 10 Julai 2011.Seramai 436 orang pengakap telah megikuti perkhemahan tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun said telah menghantar seramai 29 orang peserta, 9 orang pengakap Remaja dan 20 orang pengakap Muda.
Pengakap SMATS telah sampai pada jam 11.00 pagi dan telah berjaya mendirikan khemah peserta dan khemah tempat memasak sebelum jam 4.00 petang. Taklimat ringkas oleh pihak urusetia telah diberikan kepada semua peserta perkhemahan.Hanya satu pertandingan sahaja yang dijalankan iaitu pertandigan masakan ala rimba pada sebelah malamnya. Pelbagai aktiviti diadakan iaitu pertandingan simpulan dan ikatan, pertandingan kuiz pengakap, pertolongan cemas dan halangan komando.Setiap sekolah menghantar 3 hingga 20 orang wakil bagi setiap pertandingan yang diadakan. Pertandingan malam kebudayaan diadakan pada malam terakhir iaitu pada hari Sabtu.
Perasmian penutup diadakan pada hari terakhir perkhemahan iaitu pada hari Ahad.perasmian penutup perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri ( Latihan) ,Mej (B) Baharuddin bin Ujang. Secara keseluruhannya, pasukan pengakap SMATS telah berjaya memenangi tiga acara yang telah dipertandingkan,kemahiran berpengakap (naib johan), kuiz IQ dan isu semasa (ke tiga) dan tapak perkhemahan (ke tiga).
Sebaik sahaja majlis penutupan, semua peserta menjamah makanan tengahari dan mengemas semua peralatan perkhemahan dan telah selamat sampai ke perkarangan SMKA Tun Said pada jam 5.00 petang. Walaupun peserta berada dalam keletihan, namun pengalaman yang ditimba oleh semua peserta amat bernilai dan diharap dapat digunakan dalam aktiviti perkhemahan yang lain.

by: mu_adz

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah