Like FB SMATS KB

Wednesday, November 16, 2011

NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM 2011

Program Nadwah Kepimpinan Islam merupakan program yang dapat menyuntik ciri-ciri seorang pemimpin. Ciri ciri pemimpin yang terbilang amat perlu digarapkan didalam diri seseorang pengawas terutamanya. Jesteru itu, Nadwah Kepemimpinan Islam telah berjaya diadakan di SMATS mulai 14-16 Nov yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program ini telah disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Pelbagai aktiviti dijalankan dalam program tersebut seperti slot -slot ceramah, ice breaking, latihan dalam kumpulan dan malam kesenian. Semua aktiviti program ini berjalan dengan baik dan menyeronokan serta dapat memberikan input yang berguna dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Malam kesenian Islam merupakan malam kemuncak program dimana semua peserta telah menunjukkan bakat-bakat yang terpendam seperti bercerita, pentomen, berlakon, nasyid serta berpuisi yang bertemakan ' Qudwah Hasanah'. Semua peserta telah bertungkus-lumus untuk membuat persembahan yang terbaik.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ust. Ismail bin Hj Anam, ketua unit pengurusan
Sektor Pendidikan Islam [SPI]. Di dalam ucapan beliau, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Hadiah-hadiah juga disampaikan oleh beliau.

by : Mu_az

Saturday, November 12, 2011

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

Dewan serbaguna Mawaddah SMK Agama Tun Said telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri buat pertama kalinya telah berjaya diadakan sebuah majlis yang bersejarah iaitu Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 yang pertama kalinya. Majlis graduasi kali yang ke-3 ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.Majlis tersebut telah diadakan pada 11 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 H.


Majlis tersebut bermula apabila ketibaan perasmi majlis YB Tan Seri Datuk Panglima Pandikar Amin HJ Mulia Yang Di-Pertua Dewan Rakyat disambut dengan paluan kompang, menerima tabik hormat daripada ahli Pengakap serta persembahan silat. Kehadiran ibubapa juga turut memeriahkan lagi majlis. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua SMATS,Yang Di-pertua PIBG SMATS dan seterusnya perasmi majlis.Majlis diteruskan lagi dengan majlis graduasi pelajar-pelajar tingkatan 5.

Sijil penghargaan bagi pengawas dan pembimbing rakan sebaya dari tingkatan 3 dan 5 turut diberikan sebagai tanda penghargaan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Seterusnya, sijil penghargaan juga disampaikan kepada ketua tingkatan,pelajar terbaik mata pelajaran dan anugerah kelas terbersih dan dorm terbersih. Anugerah kehadiran 100% dan peningkatan pencapaian pelajar juga turut diperkenalkan pada tahun ini.

Anugerah pelajar terbaik tingkatan keseluruhan dan pelajar terbaik KKQ telah jatuh kepada Mohd Nizamuddin Bin Mohd Zolfakar. Bagi kategori Unit Ko-kurikulum, pasukan terbaik Bahas Ala Parlimen yang telah mewakili Negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen. Bagi unit beruniform pula, Pergerakan Pengakap Malaysia telah diberi penghargaan sekali lagi kerana telah berjaya menghangtar peserta sehingga ke peringkat antarabangsa untuk 54th World Jamboree On The Air (JOTA) dan 12th World Scouts Jamboree di negeri Terengganu , bagi unit kelab & persatuan pula, Kelab Setia, Rukun Negara dan Sejarah telah diberi penghargaan dan untuk unit kokurikulum sukan permainan, Kelab Permainan dalaman telah dipilih untuk menerima penghargaan di atas pencapaian peserta catur yang telah berjaya mewakili negeri Sabah keperingkat kebangsaan yang telah dia adakan di Pulau Pinang pada bulan Jun yang lalu. Kamarul Hariff Sukor serta Shazrul Jamain telah terpilih untuk dinobatkan sebagai atlit harapan.

Pelajar akademik terbaik keseluruhan, pelajar terbaik kokurikulum dan tokoh pelajar telah disandang oleh Mohd Nizamuddin dari kelas 5 Sains. Pelajar Sahsiah Terbaik pula dinobatkan kepada Mohd Rahmat Rajib dan anugerah kepimpinan pelajar pula dirangkul oleh Azim Hajat. Anugerah khas pelajar disandang oleh Nur Hidayah Sailin manakala kategori ibubapa prihatin pada tahun ini ialah Puan Tiara Sibil yang juga merupakan timbalan Yang Di-pertua PIBG SMKA Tun Said.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid SMATS, Fitrah Murni yang mana telah memukau perhatian para hadirin tetamu. Tahniah kepada pelajar yang mendapat anugerah teruskan kecemerlangan anda dan kepada yang kurang bernasib baik teruskan usaha untuk terus cemerlang semoga anda tidak akan kenal erti berputus asa dan jemu.


by: adz_mil

Friday, November 4, 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha 1432H


Unit Kokurikulum SMATS serta seluruh warga SMATS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Majlis Qurban peringkat sekolah akan diadakan di SMATS pada:
Tarikh: 9 Okt 2011M bersamaan 13 Zulhijjah 1432H
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi
Anjuran: Kelab Staff SMATS dan PIBG SMATS
Ibubapa /penjaga dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis.

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju 2011


Buat julung kalinya Persatuan Pengakap Kumpulan ke-20 telah berjaya menganjurkan perkhemahan Lencana Usaha dan Maju yang disertai juga oleh ahli-ahli pengakap daripada SMK Pekan II seramai 18 orang dan 2 orang peserta daripada SMK Tambulion. Perkhemahan tersebut telah diadakan mulai 27 sehingga 30 Oktober 2011 yang telah berjaya mengumpulkan 43 orang peserta di padang SMATS.
Peserta untuk lencana Maju walaupun hanya seramai 9 orang telah menunjukkan semangat berpatrol yang hebat dalam melaksanakan tugas mahu
pun ujian-ujian lencana mereka. 3 patrol daripada peserta lencana Usaha juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ujian yang telah ditetapkan. Mengembara 8KM berjalan kaki dan 16KM jalan kaki, halangan komando, simpulan dan ikatan, ujian menghidupkan api, memasak ala rimba, asas kawad kaki, kawad tongkat serta malam Pengakap merupakan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan. Perkhemahan ini turut dijayakan oleh Pemimpin pengakap dari SMATS sendiri dan turut dibantu oleh pemimpin dari SMK Pekan II, SMK Tambulion, saudara Mohd Farid pengakap Kelana Laut daripada Daerah Tawau serta Pengakap Remaja SMATS.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Usukan, En. Nasbi bin Lasai. Beliau berharap agar semua ahli pengakap dapat mengamalkan semua persetiaan pengakap dalam kehidupan seharian untuk membentuk jati diri insan yang berguna dalam masyarakat. Disamping itu juga, di dalam ucapan beliau juga berharap agar Daer
ah Kota Belud dapat menghasilkan Pengakap Raja seramai mungkin pada masa yang akan datang.
'Sekali berpengakap...selamanya berpengakap'


-koleksi gambar akan dimuat naik ke galeri gambar

JOTA 2011

Pada 14 Oktober 2011,program JOTA (Jamboree On The Air) telah diadakan di BP House, Kota Kinabalu. Seramai 11 orang ahli pengakap dari SMKA Tun Said telah dihantar untuk mewakili sekolah untuk menyertai program tersebut.




Pedaftaran peserta bermula daripada pukul 2.00 petang dan peserta telah mendirikan khemah kira-kira pukul 4.00 petang setelah selesai urusan pendaftaran. Selain SMATS terdapat juga sekolah lain yang datang untuk menyertai proggram tersebut. Pada pukul 5.00 petang, kami telah diberi taklimat perkhemahan JOTA, riadah petang dan istiadat menurunkan bendera. Pada sebelah malam pula, kami mendengar ceramah pengenalan kepada Radio Amatur dan Tatacara & Etika JOTA sehingga jam 10 malam.




Keesokan harinya pada 15 Oktober 2011, kami bangun dan solat pada jam 5 pagi.Pada jam 6 hingga 8 pagi, kami melakukan aktiviti senaman pagi, rehat/mandi/sarapan dan istiadat pagi. Kami melakukan Aktiviti Berpengkalan 1 dan Aktiviti Berpusat 1 dari jam 8 hingga 10.30 pagi dan berehat seketika pada jam 10 pagi kemudian solat.




Aktiviti diteruskan pada jam 2 petang iaitu membuat Kad QSL dan minum petang. Pada jam 4 hingga 6 petang, kami telah diberi ceramah tentang Kod Morse,riadah petang dan istiadat menurunkan Bendera/Rehat/Solat & Makan Malam. Pada sebelah malam pula, pertandingan Kuiz JOTA dan CQ JOTA telah diadakan dari jam 8 hingga jam 10.30 malam. Kemudian Stesen JOTA telah ditutup pada jam 11 malam.




Hari terakhir pekhemahan, 16 Oktober 2011, raptai Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada sebelah awal pagi manakala upacara rasmi Majlis Perasmian Penutupan telah berlangsung pada pukul 2.00 petang. Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin berkata program JOTA yang dikendalikan bersama Kelab Radio Amatur Borneo berupaya menarik minat Pengakap luar negara untuk mengunjungi Sabah. Teks bacaannya dibacakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim.

Selain itu, hadiah juga telah disampaikan kepada pemenang aktiviti JOTA. Banyak anugerah yang telah diterima oleh wakil-wakil sekolah SMATS. Majlis itu telah berakhir pada jam 4 petang tapak perkhemahan telah dibersihkan dan sesi photograpi telah diadakan untuk tanda kenang-kenangan. Selesai sesi photograpi kami bersiap sedia untuk pulang ke sekolah.

Gambar Panorama Sekolah