Like FB SMATS KB

Friday, November 4, 2011

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju 2011


Buat julung kalinya Persatuan Pengakap Kumpulan ke-20 telah berjaya menganjurkan perkhemahan Lencana Usaha dan Maju yang disertai juga oleh ahli-ahli pengakap daripada SMK Pekan II seramai 18 orang dan 2 orang peserta daripada SMK Tambulion. Perkhemahan tersebut telah diadakan mulai 27 sehingga 30 Oktober 2011 yang telah berjaya mengumpulkan 43 orang peserta di padang SMATS.
Peserta untuk lencana Maju walaupun hanya seramai 9 orang telah menunjukkan semangat berpatrol yang hebat dalam melaksanakan tugas mahu
pun ujian-ujian lencana mereka. 3 patrol daripada peserta lencana Usaha juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ujian yang telah ditetapkan. Mengembara 8KM berjalan kaki dan 16KM jalan kaki, halangan komando, simpulan dan ikatan, ujian menghidupkan api, memasak ala rimba, asas kawad kaki, kawad tongkat serta malam Pengakap merupakan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan. Perkhemahan ini turut dijayakan oleh Pemimpin pengakap dari SMATS sendiri dan turut dibantu oleh pemimpin dari SMK Pekan II, SMK Tambulion, saudara Mohd Farid pengakap Kelana Laut daripada Daerah Tawau serta Pengakap Remaja SMATS.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Usukan, En. Nasbi bin Lasai. Beliau berharap agar semua ahli pengakap dapat mengamalkan semua persetiaan pengakap dalam kehidupan seharian untuk membentuk jati diri insan yang berguna dalam masyarakat. Disamping itu juga, di dalam ucapan beliau juga berharap agar Daer
ah Kota Belud dapat menghasilkan Pengakap Raja seramai mungkin pada masa yang akan datang.
'Sekali berpengakap...selamanya berpengakap'


-koleksi gambar akan dimuat naik ke galeri gambar

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah