Like FB SMATS KB

Friday, August 26, 2011

Aktiviti Bulan Ramadhan 1432H

Sempena di minggu terakhir persekolahan dan di akhir Ramadan pada tahun ini. Beberapa acara tahunan SMATS telah dijalankan sebelum semua warga SMATS mula pulang bercuti dan seterusnya menyambut Syawal yang dijangkakan akan diraikan pada minggu hadapan.
Antara aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan
pada 25/08/11 [Khamis] yang lalu adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie. Program yang bermula seawal pukul 3.30 petang itu telah dimulakan dengan solat asar berjamaah bersama ibubapa dan para tetamu yang hadir. Seterusnya pada pukul 4.00 petang, majlis tadarus al-Quran pula diteruskan. Untuk kali ini, kehadiran tetamu amatlah menggalakkan terutama dengan kehadiran bekas-bekas pelajar SMATS daripada seawal tahun 2002 sehinggalah tahun 2010. Kehadiran semua bekas-bekas pelajar SMATS amatlah di alu-alukan dan diucapkan penghargaan terima kasih. Majlis yang berakhir kira-kira pada pukul 9.00 mlm itu di isi dengan solat Maghrib berjemaah selepas majlis iftar dan diikuti pula dengan solat Isyak dan Tarawih bersama-sama.
Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat menimba ilmu, maka peluang dan ruang yang ada itu telah diberikan kepada salah seo
rang bekas pelajar SMATS yang kini juga telah bergelar sebagai seorang guru untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang menimba ilmu di SMKA Tun Said ini. Semoga pengalaman yang telah dikongsikan dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar-pelajar SMATS untuk lebih berjaya lagi di masa hadapan.
Program terakhir pada akhir bulan Ramadan yang telah dijalankan pada hari ini [26/08/11, Jumaat] adalah Majlis Lambaian Syawal dan Sumbangan Aidilfitri. Sememangnya majlis ini di tunggu-tunggu oleh ramai pelajar kerana sumbangan yang diterima itu nanti dapatlah kiranya membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan m
enjelang Syawal pada minggu hadapan. Seramai 100 orang pelajar telah menerima bantuan zakat daripada Bank Rakyat yang berjumlah RM10,000. Selain itu, para pelajar yang telah menjadi imam dan bilal juga turut menerima sumbangan 'duit raya' di atas jasa menjalankan amanah sepanjang bulan Ramadan. Acara yang berakhir pada pukul 10.30 itu di akhiri dengan majlis bersalam-salaman di antara para pelajar dengan guru-guru dan warga SMATS.
Kami dari unit Kokurikulum SMATS juga dengan ini mengambil ruang dan kesempatan untuk mengucapkan selamat
bercuti kepada semua warga SMATS serta selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Andai bicara terhiris hati andai perbuatan menyinggung perasaan, kami daripada Unit Kokum SMATS menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua pihak di atas khilaf yang tidak di duga. Kepada semua pelajar SMATS manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat kepada diri, keluarga, agama dan negara.


'Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfa Izin,

Maaf Zahir & Batin'



Saturday, August 6, 2011

SELAMAT MEDUDUKI PEPERIKSAAN SETARA 2


Peperiksaan adalah satu wadah untuk menguji tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu
Musim peperiksaan atau musim exam telah pun tiba.Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan. Selamat menempuhi peperiksaan SETARA 2.



by: Adzmil

Gambar Panorama Sekolah