Like FB SMATS KB

Thursday, September 30, 2010

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Solat Hajat & Restu Ilmu


30 Sept - Khamis, buat julung kalinya SMKA Tun Said telah berjaya mengadakan 3 program serentak. Program yang mendapat pujian daripada YDP PIBG, En. Lamdin kerana buat kali pertamanya SMATS telah berjaya mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri. Kelainan majlis ini adalah dimana setiap kelas perlu menyediakan juadah masing-masing. Walaupun kali pertama program ini dilaksanakan, persediaan pelajar untuk menghias dan menyediakan juadah bersama guru kelas masing-masing amat menarik sekali.

Majlis bermula pada jam 10 pagi dimana kehadiran ibubapa yang datang bersama keluarga masing-masing. Seterusnya Pn. Seraya, Tn. Pengetua SMKA Tun Said mengiringi semua tetamu yang hadir untuk memulakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dengan mengunjungi kelas yang pertama iaitu kelas Tingkatan 5 Sains. Seterusnya semua tetamu terus mengunjungi kesemua 18 buah kelas sehinggalah tepat jam 12.05 tengah hari dimana kelas yang terakhir dikunjungi adalah kelas tingkatan 1 Alim.



Dengan juadah makanan yang pelbagai yang telah disediakan disetiap kelas seperti mee goreng, bihun goreng,nasing goreng, nasi jagung, laksa penang, kari kambing serta nasi ketupat disamping lemang dan rendang. Keperihatinan ibubapa yang sanggup menyediakan juadah-juadah yang pelbagai ini harus diberi pujian. Tahniah kepada semua ibubapa yang memberi sokongan yang mesra dan baik kepada anak-anak dan pihak pengurusan sekolah secara tidak langsung.

Majlis seterusnya diteruskan dengan menunaikan solat Zohor secara berjemaah oleh semua pelajar asrama terutama para pelajar tingkatan 3 dan 5 bersama-sama guru dan ibubapa. Setelah selesai menunaikan solat Zohor, semua pelajar tingkatan 3 & 5 bersama guru-guru dan ibubapa menunaikan solat Hajat dan diakhiri dengan Majlis Restu Ilmu dimana semua pelajar bersalam-salaman dengan para guru dan ibubapa.




Sekalung ucapan terima kasih kepada PIBG serta ibubapa yang sudi memeriahkan majlis seumpama ini. Kepada guru-guru kelas, tahniah kerana telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk program ini. Tidak lupa juga kepada UBK SMATS serta kepada guru-guru dan kakitangan lain yang terlibat secara langsung untuk menjayakan program ini.
Daripada kami Unit HEM dan Kokurikulum, Tahniah dan Syabas kepada semua yang hadir untuk menjayakan program ini.
[Sila ke koleksi gambar untuk gambar-gambar yang lain]

Sunday, September 26, 2010

Majlis Perpisahan Guru

Setiap yang awal akan ada akhirnya; setiap yang bermula pasti jua akan berakhir dan semestinya setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa.


Satu majlis yang serba ringkas dan sederhana telah diadakan [24 Sep - Jumaat] untuk diraikan sebagai tanda ingatan sebahagian warga SMATS, pihak pengurusan Kelab Guru & Staff telah mengadakan jamuan perpisahan khas untuk Ustazah Dayang Lainah yang akan mula berkhidmat di PPD Kota Belud sebagai Pegawai J-Qaf mulai 27 September 2010; manakala dua orang guru praktikum [ Nurul Anis & Emilda] juga akan turut mengatur langkah mengundur diri dari SMKA Tun Said kerana telah selesai menjalani latihan Praktikum selama dua belas minggu. Sesungguhnya jasa kalian semua mendidik anak SMATS tidak ternilai dengan emas dan lautan kata-kata pujian.

Kami di SMATS ingin mengucapkan selamat meneruskan perjuangan di bidang masing-masing. Sesungguhnya haluan kita adalah ketetapan Ilahi. Perjuangan masih belum selesai dan kita akan meneruskanya mengikut haluan masing-masing. Tahniah di atas perkhidmatan kalian di SMATS dan semoga terus maju dan berjaya dalam lapangan masing-masing.

Terima kasih dan Tahniah dari kami warga SMATS.

Wednesday, September 22, 2010

Program Penutup Bulan Kemerdekaan ~ 1 Malaysia Menjana Tranformasi ~, Minggu PPDA, Sambutan Hari Malaysia

22 Sept - Program Penutup Bulan Kemerdekaan & Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah [PPDA] serta Sambutan Hari Malaysia peringkat SMKA Tun Said telah berjaya disambut dengan meriah walaupun dalam kesederhanaan. Pelbagai acara yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan lalu diharap telah dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa setiap para pelajar.

Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu, dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku serta lagu sekolah. Seterusnya majlis diseerikan lagi dengan tayangan video sejarah Penubuhan Malaysia semperna menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September. Sebagai tanda ingatan, Montaj aktiviti semperna bulan kemerdekaan juga turut ditayangkan. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua, Pn. Seraya Sulaiman bagi menyempurnakan Pogram Penutupan Bulan Kemerdekaan, Program PPDA seerta sambutan Hari Malaysia. Dalam majlis tersebut, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang kerana ia dapat memupuk sifat cintakan negara, kerjasama dan bertoleransi disamping dapat mengetengahkan lagi bakat-bakat yang ada di dalam diri pelajar.

Kami dipihak Unit HEM & Kokurikulum ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana program, AJK Siaraya, Kumpulan Kior lagu Patriotik serta individu-individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program yang amat bermakna ini. Sekalung ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai program-program yang telah dianjurkan.


Harapan kami dari Unit HEM & Kokurikulum SMATS agar program seperti ini sentiasa menjadi platform yang terbaik kepada pelajar untuk menjana Transformasi Negara.

Senarai nama para pemenang bagi setiap acara yang telah di pertandingkan akan diletakkan kemudian. Harap maklum.

Sila ke koleksi gambar untuk tatapan anda semua.

Sunday, September 19, 2010

Selamat Kembali ke Halaman SMATSKB


Cuti sudah sampai ke penghujungnya..semua warga SMATS akan kembali berada di halaman SMATS pada 20 September [Isnin] setelah menghabiskan masa 2 minggu cuti Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.





Kepada pelajar tingkatan 3, PMR semakin menjenguk diri anda semua. Sudah anda bersedia?


SPM juga sudah mula menampakkan bayangnya. Peperiksaan Excel 2 sebelum cuti persekolahan baru-baru ini merupakan penanda aras tahap penguasaan ilmu di dada. Namun begitu, masih ada ruang dan kesempatan untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu masing-masing. 12A's harus dijadikan pembakar semangat untuk menggapai cita-cita yang diangankan.


Tiada masa lagi untuk anda semua menjauhkan diri dengan buku, tiada ruang lagi untuk anda meninggalkan latihan-latihan yang diberi dan tiada kesempatan lagi sekiranya anda membenarkan 'masa' memotong anda!

Selamat kembali berjuang menuntut ilmu kepada semua pelajar tingkatan 3 [PMR] dan tingkatan 5 [SPM] secara khususnya dan semua pelajar SMATS secara amnya daripada kami warga Pendidik SMKA Tun Said.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Lambaian Syawal 1431H


Seramai 101 orang pelajar yatim piatu, yatim, fakir dan miskin telah menerima sumbangan semperna bulan Ramadan semalam, 3 September.

Semua mereka telah menerima duit raya sumbangan daripada pihak sekolah. Semua penerima bantuan tersebut amat berterima kasih di atas keperihatinan pihak sekolah terhadap mereka yang kurang berkemampuan. Selaku Pengetua SMKA Tun Said, Puan Seraya berharap agar sumbangan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin untuk dibelanjakan semperna bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Pada majlis yang sama juga, pelajar-pelajar yang telah berkhidmat sebagai imam dan bilal Solat Sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadan juga turut tidak ketinggalan menerima sumbangan berupa duit raya daripada pihak pengurusan sekolah. Di akhir majlis,semua pelajar dan guru-guru bersalaman memohon keamaafan takkala Syawal bakal menjelma.








Kepada semua warga SMATS, kami di pihak pengurusan pentadbiran, HEM serta Kokurikulum ingin memohon kemaafan di kesempatan yang ada dengan ucapan selamat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya serta Salam Aidilfitri; Maaf Zahir & Batin, semoga kita bertemu lagi di Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.



















Sila ke koleksi gambar untuk koleksi penuh gambar-gambar yang lain.


Thursday, September 2, 2010


Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa & Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H
dari kami Unit Kokurikulum SMKA Tun Said Kota Belud
~ Maaf Zahir BAtin ~
Sila sampaikan ucapan Raya anda kepada warga SMATSKB di sini... sekiranya berminat

Gambar Panorama Sekolah