
22 Sept - Program Penutup Bulan Kemerdekaan & Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah [PPDA] serta Sambutan Hari Malaysia peringkat SMKA Tun Said telah berjaya disambut dengan meriah walaupun dalam kesederhanaan. Pelbagai acara yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan lalu diharap telah dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa setiap para pelajar.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu, dimulakan dengan bacaan doa, lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku serta lagu sekolah. Seterusnya majlis diseerikan lagi dengan tayangan video sejarah Penubu

han Malaysia semperna menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September. Sebagai tanda ingatan, Montaj aktiviti semperna bulan kemerdekaan juga turut ditayangkan. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua, Pn. Seraya Sulaiman bagi menyempurnakan Pogram Penutupan Bulan Kemerdekaan, Program PPDA seerta sambutan Hari Malaysia. Dalam majlis tersebut, beliau berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang kerana ia dapat memupuk sifat cintakan negara, kerjasama dan bertoleransi disamping dapat mengetengahkan lagi bakat-bakat yang ada di dalam diri pelajar.
Kami dipihak Unit HEM & Kokurikulum ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Pelaksan

a program, AJK Siaraya, Kumpulan Kior lagu Patriotik serta individu-individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program yang amat bermakna ini. Sekalung ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai program-program yang telah dianjurkan.
Harapan kami dari Unit HEM & Kokurikulum SMATS agar program seperti ini sentiasa menjadi platform yang terbaik kepada pelajar untuk menjana Transformasi Negara.
Senarai nama para pemenang bagi setiap acara yang telah di pertandingkan akan diletakkan kemudian. Harap maklum.
Sila ke koleksi gambar untuk tatapan anda semua.
No comments:
Post a Comment