
Satu majlis yang serba ringkas dan sederhana telah diadakan [24 Sep - Jumaat] untuk diraikan sebagai tanda inga
tan sebahagian warga SMATS, pihak pengurusan Kelab Guru & Staff telah mengadakan jamuan perpisahan khas untuk Ustazah Dayang Lainah yang akan mula berkhidmat di PPD Kota Belud sebagai Pegawai J-Qaf mulai 27 September 2010; manakala dua orang guru praktikum [ Nurul Anis & Emilda] juga akan turut mengatur langkah mengundur diri dari SMKA Tun Said kerana telah selesai menjalani latihan Praktikum selama dua belas minggu. Sesungguhnya jasa kalian semua mendidik anak SMATS tidak ternilai dengan emas dan lautan kata-kata pujian.

Kami di SMATS ingin mengucapkan selamat meneruskan perjuangan di bidang masing-masing. Sesungguhnya haluan kita adalah ketetapan Ilahi. Perjuangan masih belum selesai dan kita akan meneruskanya mengikut haluan masing-masing. Tahniah di atas perkhidmatan kalian di SMATS dan semoga terus maju dan berjaya dalam lapangan masing-masing.

No comments:
Post a Comment