
Cuti sudah sampai ke penghujungnya..semua warga SMATS akan kembali berada di halaman SMATS pada 20 September [Isnin] setelah menghabiskan masa 2 minggu cuti Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
Kepada pelajar tingkatan 3, PMR semakin menjenguk diri anda semua. Sudah anda bersedia?

SPM juga sudah mula menampakkan bayangnya. Peperiksaan Excel 2 sebelum cuti persekolahan baru-baru ini merupakan penanda aras tahap penguasaan ilmu di dada. Namun begitu, masih ada ruang dan kesempatan untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu masing-masing. 12A's harus dijadikan pembakar semangat untuk menggapai cita-cita yang diangankan.
Tiada masa lagi untuk anda semua menjauhkan diri dengan buku, tiada ruang lagi untuk anda meninggalkan latihan-latihan yang diberi dan tiada kesempatan lagi sekiranya anda membenarkan 'masa' memotong anda!
Selamat kembali berjuang menuntut ilmu kepada semua pelajar tingkatan 3 [PMR] dan tingkatan 5 [SPM] secara khususnya dan semua pelajar SMATS secara amnya daripada kami warga Pendidik SMKA Tun Said.
No comments:
Post a Comment