Like FB SMATS KB

Saturday, November 12, 2011

Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011

Dewan serbaguna Mawaddah SMK Agama Tun Said telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri buat pertama kalinya telah berjaya diadakan sebuah majlis yang bersejarah iaitu Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011 yang pertama kalinya. Majlis graduasi kali yang ke-3 ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.Majlis tersebut telah diadakan pada 11 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 H.


Majlis tersebut bermula apabila ketibaan perasmi majlis YB Tan Seri Datuk Panglima Pandikar Amin HJ Mulia Yang Di-Pertua Dewan Rakyat disambut dengan paluan kompang, menerima tabik hormat daripada ahli Pengakap serta persembahan silat. Kehadiran ibubapa juga turut memeriahkan lagi majlis. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua SMATS,Yang Di-pertua PIBG SMATS dan seterusnya perasmi majlis.Majlis diteruskan lagi dengan majlis graduasi pelajar-pelajar tingkatan 5.

Sijil penghargaan bagi pengawas dan pembimbing rakan sebaya dari tingkatan 3 dan 5 turut diberikan sebagai tanda penghargaan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Seterusnya, sijil penghargaan juga disampaikan kepada ketua tingkatan,pelajar terbaik mata pelajaran dan anugerah kelas terbersih dan dorm terbersih. Anugerah kehadiran 100% dan peningkatan pencapaian pelajar juga turut diperkenalkan pada tahun ini.

Anugerah pelajar terbaik tingkatan keseluruhan dan pelajar terbaik KKQ telah jatuh kepada Mohd Nizamuddin Bin Mohd Zolfakar. Bagi kategori Unit Ko-kurikulum, pasukan terbaik Bahas Ala Parlimen yang telah mewakili Negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen. Bagi unit beruniform pula, Pergerakan Pengakap Malaysia telah diberi penghargaan sekali lagi kerana telah berjaya menghangtar peserta sehingga ke peringkat antarabangsa untuk 54th World Jamboree On The Air (JOTA) dan 12th World Scouts Jamboree di negeri Terengganu , bagi unit kelab & persatuan pula, Kelab Setia, Rukun Negara dan Sejarah telah diberi penghargaan dan untuk unit kokurikulum sukan permainan, Kelab Permainan dalaman telah dipilih untuk menerima penghargaan di atas pencapaian peserta catur yang telah berjaya mewakili negeri Sabah keperingkat kebangsaan yang telah dia adakan di Pulau Pinang pada bulan Jun yang lalu. Kamarul Hariff Sukor serta Shazrul Jamain telah terpilih untuk dinobatkan sebagai atlit harapan.

Pelajar akademik terbaik keseluruhan, pelajar terbaik kokurikulum dan tokoh pelajar telah disandang oleh Mohd Nizamuddin dari kelas 5 Sains. Pelajar Sahsiah Terbaik pula dinobatkan kepada Mohd Rahmat Rajib dan anugerah kepimpinan pelajar pula dirangkul oleh Azim Hajat. Anugerah khas pelajar disandang oleh Nur Hidayah Sailin manakala kategori ibubapa prihatin pada tahun ini ialah Puan Tiara Sibil yang juga merupakan timbalan Yang Di-pertua PIBG SMKA Tun Said.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid SMATS, Fitrah Murni yang mana telah memukau perhatian para hadirin tetamu. Tahniah kepada pelajar yang mendapat anugerah teruskan kecemerlangan anda dan kepada yang kurang bernasib baik teruskan usaha untuk terus cemerlang semoga anda tidak akan kenal erti berputus asa dan jemu.


by: adz_mil

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah