Like FB SMATS KB

Showing posts with label SMK Agama Tun Said. Show all posts
Showing posts with label SMK Agama Tun Said. Show all posts

Friday, June 1, 2012

SABAH SCOUTS 100 YEARS ANNIVERSARY INTERNATIONAL PRE-JAMBOREE NORTH WEST COST DiVISION


TARIKH: 29 JUN - 4 JULAI 2012
TEMPAT: SK TAMBULION, KOTA BELUD
PENYERTAAN: SEMUA AHLI PENGAKAP YANG BERDAFTAR
YURAN PENYERTAAN : RM 15 [PENGAKAP PKK/PM/PR]
                                             RM 20 [KELANA / PEMIMPIN]

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI URUSETIA MELAUI 


TEL: 088-971185 [EN. NASBI LASAI / RIDZUAN]
E-MAIL: smatskb@gmail.com

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012 Masihi


Selamat Menyambut Tahun 2012


Kepada semua warga SMATS khususnya serta kepada semua warga Malaysia amnya

‘From Nothing To Beginning’

….:::Tiada Halangan Hanya Cabaran [SMATS ‘12]:::….


**Sekadar renungan bersama…

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka)

If you live each day of your life as if it's your last day, you will be so grateful when you wake up the next morning knowing that you have been given a new chance to live, repent, excell, accomplish, communicate, enjoy, and most importantly worship. Life is a precious gift from Allah: Treat it as a gift and you will truly cherish it and only use it to please Him. Finally, remember that your gifts are counted!

Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadan


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka pintu taubat buat setiap hati insani. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada semua warga SMATS. Semoga keberkatan Ramadan sentiasa dilimpahkan kepada kita semua serta selamat bercuti pada 1 Ogos 2011 [ Isnin] sempena menyambut awal Ramadhan - daripada Unit Kokurikulum SMKA Tun Said .

Tuesday, December 28, 2010

Markah Penilaian Kokurikulum Pelajar Lepasan SPM 2010



Para pelajar lepasan SPM 2010 SMKA Tun Said yang memerlukan markah kokurikulum bagi tujuan mengisi borang UPU, bagi yang telah menghantar buku rekod kokurikulum boleh mendapatkan markah masing-masing di pejabat sekolah denganberjumpa Cik Hasimah Jerain atau berhubung terus dengan GPK Kokurikulum di talian 0198093744 (Cikgu Nasbi Lasai).

Gambar Panorama Sekolah