Like FB SMATS KB

Friday, November 4, 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha 1432H


Unit Kokurikulum SMATS serta seluruh warga SMATS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Majlis Qurban peringkat sekolah akan diadakan di SMATS pada:
Tarikh: 9 Okt 2011M bersamaan 13 Zulhijjah 1432H
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi
Anjuran: Kelab Staff SMATS dan PIBG SMATS
Ibubapa /penjaga dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis.

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju 2011


Buat julung kalinya Persatuan Pengakap Kumpulan ke-20 telah berjaya menganjurkan perkhemahan Lencana Usaha dan Maju yang disertai juga oleh ahli-ahli pengakap daripada SMK Pekan II seramai 18 orang dan 2 orang peserta daripada SMK Tambulion. Perkhemahan tersebut telah diadakan mulai 27 sehingga 30 Oktober 2011 yang telah berjaya mengumpulkan 43 orang peserta di padang SMATS.
Peserta untuk lencana Maju walaupun hanya seramai 9 orang telah menunjukkan semangat berpatrol yang hebat dalam melaksanakan tugas mahu
pun ujian-ujian lencana mereka. 3 patrol daripada peserta lencana Usaha juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan ujian yang telah ditetapkan. Mengembara 8KM berjalan kaki dan 16KM jalan kaki, halangan komando, simpulan dan ikatan, ujian menghidupkan api, memasak ala rimba, asas kawad kaki, kawad tongkat serta malam Pengakap merupakan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan. Perkhemahan ini turut dijayakan oleh Pemimpin pengakap dari SMATS sendiri dan turut dibantu oleh pemimpin dari SMK Pekan II, SMK Tambulion, saudara Mohd Farid pengakap Kelana Laut daripada Daerah Tawau serta Pengakap Remaja SMATS.
Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Usukan, En. Nasbi bin Lasai. Beliau berharap agar semua ahli pengakap dapat mengamalkan semua persetiaan pengakap dalam kehidupan seharian untuk membentuk jati diri insan yang berguna dalam masyarakat. Disamping itu juga, di dalam ucapan beliau juga berharap agar Daer
ah Kota Belud dapat menghasilkan Pengakap Raja seramai mungkin pada masa yang akan datang.
'Sekali berpengakap...selamanya berpengakap'


-koleksi gambar akan dimuat naik ke galeri gambar

JOTA 2011

Pada 14 Oktober 2011,program JOTA (Jamboree On The Air) telah diadakan di BP House, Kota Kinabalu. Seramai 11 orang ahli pengakap dari SMKA Tun Said telah dihantar untuk mewakili sekolah untuk menyertai program tersebut.




Pedaftaran peserta bermula daripada pukul 2.00 petang dan peserta telah mendirikan khemah kira-kira pukul 4.00 petang setelah selesai urusan pendaftaran. Selain SMATS terdapat juga sekolah lain yang datang untuk menyertai proggram tersebut. Pada pukul 5.00 petang, kami telah diberi taklimat perkhemahan JOTA, riadah petang dan istiadat menurunkan bendera. Pada sebelah malam pula, kami mendengar ceramah pengenalan kepada Radio Amatur dan Tatacara & Etika JOTA sehingga jam 10 malam.




Keesokan harinya pada 15 Oktober 2011, kami bangun dan solat pada jam 5 pagi.Pada jam 6 hingga 8 pagi, kami melakukan aktiviti senaman pagi, rehat/mandi/sarapan dan istiadat pagi. Kami melakukan Aktiviti Berpengkalan 1 dan Aktiviti Berpusat 1 dari jam 8 hingga 10.30 pagi dan berehat seketika pada jam 10 pagi kemudian solat.




Aktiviti diteruskan pada jam 2 petang iaitu membuat Kad QSL dan minum petang. Pada jam 4 hingga 6 petang, kami telah diberi ceramah tentang Kod Morse,riadah petang dan istiadat menurunkan Bendera/Rehat/Solat & Makan Malam. Pada sebelah malam pula, pertandingan Kuiz JOTA dan CQ JOTA telah diadakan dari jam 8 hingga jam 10.30 malam. Kemudian Stesen JOTA telah ditutup pada jam 11 malam.




Hari terakhir pekhemahan, 16 Oktober 2011, raptai Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada sebelah awal pagi manakala upacara rasmi Majlis Perasmian Penutupan telah berlangsung pada pukul 2.00 petang. Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Peter Pang En Yin berkata program JOTA yang dikendalikan bersama Kelab Radio Amatur Borneo berupaya menarik minat Pengakap luar negara untuk mengunjungi Sabah. Teks bacaannya dibacakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim.

Selain itu, hadiah juga telah disampaikan kepada pemenang aktiviti JOTA. Banyak anugerah yang telah diterima oleh wakil-wakil sekolah SMATS. Majlis itu telah berakhir pada jam 4 petang tapak perkhemahan telah dibersihkan dan sesi photograpi telah diadakan untuk tanda kenang-kenangan. Selesai sesi photograpi kami bersiap sedia untuk pulang ke sekolah.

Sunday, October 9, 2011

Program Bulan Kemerdekaan

SMATS tidak ketinggalan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan yang lalu. Bidang Matematik dan Sains dengan kerjasama kelab Setia, Sejarah dan Rukun negara telah mengadakan program bulan kemerdekaan.

Pelbagai jenis pertandingan yang disertai oleh pelajar seperti membina roket air, melukis poster, kuiz, silang kata dan pertandingan mencipta sajak. Program ini bermula pada awal bulan Ogos hingga awal bulan September. Selain Bulan Kemerdekaan. Guru-guru juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan untuk kategori guru seperti teka silang kata, mencipta puisi, mendeklamasi sajak dan sebagainya. Disamping aktiviti bulan kemerdekaan, SMATS juga turut mengadakan program Bulan Bahasa. Banyak aktiviti yang dijalankan sempena program tersebut antaranya ialah teka silang kata, pertandingan menulis sajak dan banyak lagi.

Majlis Perasmian Penutupan telah diadakan pada 15 September 2011 di Dewan Ukhwah SMATS. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Seraya Sulaiman, pengetua SMATS. Hadiah-hadiah juga turut disampaikan kepada semua pemenang. Semoga semangat kemerdekaan akan terus menyemarak di dalam jiwa anak-anak merdeka.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran


Semoga terus berada di bawah lembayung Ilahi dan di rahmati selalu

Daripada:
Unit ICT SMATS

Friday, August 26, 2011

Aktiviti Bulan Ramadhan 1432H

Sempena di minggu terakhir persekolahan dan di akhir Ramadan pada tahun ini. Beberapa acara tahunan SMATS telah dijalankan sebelum semua warga SMATS mula pulang bercuti dan seterusnya menyambut Syawal yang dijangkakan akan diraikan pada minggu hadapan.
Antara aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan
pada 25/08/11 [Khamis] yang lalu adalah Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie. Program yang bermula seawal pukul 3.30 petang itu telah dimulakan dengan solat asar berjamaah bersama ibubapa dan para tetamu yang hadir. Seterusnya pada pukul 4.00 petang, majlis tadarus al-Quran pula diteruskan. Untuk kali ini, kehadiran tetamu amatlah menggalakkan terutama dengan kehadiran bekas-bekas pelajar SMATS daripada seawal tahun 2002 sehinggalah tahun 2010. Kehadiran semua bekas-bekas pelajar SMATS amatlah di alu-alukan dan diucapkan penghargaan terima kasih. Majlis yang berakhir kira-kira pada pukul 9.00 mlm itu di isi dengan solat Maghrib berjemaah selepas majlis iftar dan diikuti pula dengan solat Isyak dan Tarawih bersama-sama.
Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat menimba ilmu, maka peluang dan ruang yang ada itu telah diberikan kepada salah seo
rang bekas pelajar SMATS yang kini juga telah bergelar sebagai seorang guru untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang menimba ilmu di SMKA Tun Said ini. Semoga pengalaman yang telah dikongsikan dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar-pelajar SMATS untuk lebih berjaya lagi di masa hadapan.
Program terakhir pada akhir bulan Ramadan yang telah dijalankan pada hari ini [26/08/11, Jumaat] adalah Majlis Lambaian Syawal dan Sumbangan Aidilfitri. Sememangnya majlis ini di tunggu-tunggu oleh ramai pelajar kerana sumbangan yang diterima itu nanti dapatlah kiranya membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan m
enjelang Syawal pada minggu hadapan. Seramai 100 orang pelajar telah menerima bantuan zakat daripada Bank Rakyat yang berjumlah RM10,000. Selain itu, para pelajar yang telah menjadi imam dan bilal juga turut menerima sumbangan 'duit raya' di atas jasa menjalankan amanah sepanjang bulan Ramadan. Acara yang berakhir pada pukul 10.30 itu di akhiri dengan majlis bersalam-salaman di antara para pelajar dengan guru-guru dan warga SMATS.
Kami dari unit Kokurikulum SMATS juga dengan ini mengambil ruang dan kesempatan untuk mengucapkan selamat
bercuti kepada semua warga SMATS serta selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Andai bicara terhiris hati andai perbuatan menyinggung perasaan, kami daripada Unit Kokum SMATS menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua pihak di atas khilaf yang tidak di duga. Kepada semua pelajar SMATS manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat kepada diri, keluarga, agama dan negara.


'Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfa Izin,

Maaf Zahir & Batin'



Saturday, August 6, 2011

SELAMAT MEDUDUKI PEPERIKSAAN SETARA 2


Peperiksaan adalah satu wadah untuk menguji tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu
Musim peperiksaan atau musim exam telah pun tiba.Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan. Selamat menempuhi peperiksaan SETARA 2.



by: Adzmil

Gambar Panorama Sekolah