Like FB SMATS KB

Showing posts with label Family Day. Show all posts
Showing posts with label Family Day. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Hari Keluarga SMKA Tun Said 2010




6 November Sabtu, Program Hari Keluarga yang pastinya akan menjadi kenangan setiap individu yang telah hadir bersama keluarga mahupun saudara mara akan kekal terpahat menjadi sebuah kenangan yang terindah. Aktiviti Hari Keluarga sememangnya merupakan satu aktiviti yang dapat merapatkan silaturahim antara satu dengan yang lain samada guru-guru dengan anggota sokongan sekolah mahupun pun guru-guru dengan pihak pentadbiran sekolah.


Aktiviti ini tidaklah dirancang dengan terlebih awal berikutan kekangan masa dan aktiviti sekolah yang padat pada tahun ini. Namun, berkat kesabaran dan kegigihan setiap warga SMATS yang terlibat dalam menjayakan program ini, program hari keluarga ini akhirnya telah berjaya dilaksanakan dengan meriah sekali. Kehadiran warga SMATS bersama keluarga masing-masing telah menjadikan aktiviti hari kelurga ini lebih bermakna,

manakala penyertaan setiap aktiviti oleh ahli kelurga yang hadir telah menjadikan hari keluarga SMATS lebih ceria.

Aktiviti yang disediakan merangkumi setiap lapisan umur keluarga yang hadir. Antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti pertandingan tiup belon, bawa guli dalam sudu, pungut gula-gula dan lari bawa belon khas untuk kanak-kanak kecil. Aktiviti untuk murid sekolah rendah juga turut disediakan. Manakala antara aktiviti untuk orang dewasa yang mendapat sambutan hangat adalah seperti tarik upih pinang, lari ikat kaki suami isteri, bowling kelapa dan acara bersama keluarga yang menarik perhatian adalah membina istana pasir.


Program Hari keluarga seperti ini sudah pastinya akan menjadi salah satu aktiviti tahunan yang pasti akan dimasukkan di dalam kalendar tahunan kelab staff untuk tahun-tahun yang akan datang. Yang pastinya tahun depan, lokasinya akan berubah kerana setiap perubahan akan membawa lebih banyak pengalaman kepada setiap kita.


Terima kasih kepada semua AJK Induk Hari Kelurga SMATS @ para cr3w bertugas, para guru dan staff serta warga keluarga mereka dan disamping semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dalam menjayakan hari yang terindah ini.


Gambar akan dimuatnaik di dalam koleksi gambar dalam masa terdekat ini. Harap bersabar..

Sunday, October 10, 2010

Jamuan Syawal Staff & Family Day 'Santai Bowling'


Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk mengadakan jamuan mahu pun rumah terbuka apabila sesuatu perayaan besar di sambut. SMATS juga tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan makan secara sederhana khas untuk semua guru-guru dan kakitangannya pada hari Jumaat yang lalu [8/10/10]. Jamuan tersebut diadakan semperna di bulan Syawal dan juga bagi meraikan semua guru dan kakitangan yang telah selesai menjalani ibadah berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang juadah untuk program ini.

Sesudah majlis jamuan makan, Kelab Guru & Kakitangan pula meneruskan programnya pada hari berikutnya; Sabtu 9 Oktober 2010 dengan mengadakan Hari Keluarga yang bertemakan 'Santai Bowling @ 1B'. Hampir 30 orang guru dan juga kakitangan SMATS yang telah hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga ini. Sebahagian besar yang telah berkeluarga telah membawa bersama isteri dan juga anak-anak mereka untuk menghangatkan lagi pertandingan bowling ini.

Pertandingan ini disertai oleh 3 orang untuk setiap kumpulan dengan cabutan undi. Setelah selesai 2 set pertandingan, keputusan yang untuk kumpulan terbaik dengan jatuhan pin sebanyak 582 pin adalah Kumpulan Ustaz Shamsul, Cg Sharul dan En. Amran. Manakala untuk kategori individu pula johan keseluruhan adalah milik Cg. Sharul dengan 224 jatuhan pin.

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak AJK Kelab Guru & Staff di atas usaha dan kejayaan mengadakan hari keluarga ' Santai Bowling @ 1B' disamping menyediakan sarapan pagi serta makanan ringan untuk semua peserta. [ Sila ke Album Gambar untuk gambar-gambar aktiviti].

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:

Kumpulan 3 Lane 15 : Johan - 582 pin [ Shamsul, Amran, Sharul]

Kumpulan 1 Lane 13 : Ke-2 - 521 pin [ Ruslee, Nasbi, Rasidah ]

Kumpulan 2 Lane 14 : Ke-3 - 500 pin [ Nurul, Nani, Anas ]

Saguhati

1. Kumpulan 8 Lane 20 - 479 pin [ Asri, Zawawi, Shima]

2. Kumpulan 9 Lane 21 - 471 pin [ Fadli, Ashrafi, Iskandar ]

3. Kumpulan 4 Lane 16 - 468 pin [ Fau, Asyhroll, Jainas ]

4. Kumpulan 6 Lanee 18 - 404 pin [ Zeggie, Mahmud, Anis ]

5. Kumpulan 7 Lane 19 - 397 pin [ Yatin, Zul, Eycha ]

6. Kumpulan 5 Lane 17 - 390 pin [ Azram, Ridzone, Tuty ]

7. Kumpulan 10 Lane 22 - 309 pin [ Qadir, Amirul ]

Tahniah kepada semua pemenang!! Semua peserta akan menerima hadiah semasa Hari Keluarga SMATS siri 2 yang akan datang [ bulan November 2010].

Gambar Panorama Sekolah