Like FB SMATS KB

Monday, November 22, 2010

Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Zon PBU, Sek. Men. Peringkat Negeri Sabah

22 November - Cuti sekolah pada tahun ini pastinya sudah ditunggu-tunggu oleh semua pelajar dan warga pendidik. Oleh yang sedemikian, seawal cuti persekolahan kali ini, pihak Pengurusan Kokurikulum PPD, Kota Belud telah mengadakan aktiviti yang berfaedah dan manarik khas kepada para pelajar dari seluruh Zon Pantai Barat Utara (Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Ranau) bagi mengisi masa yang terluang pada awal cuti persekolahan kali ini.

Program Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Zon PBU, Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah dengan jayanya telah bermula pada 19 November [Jumaat] sehingga 22 November [Isnin]. Jesteru itu, SMATS sudah pastinya tidak ketinggalan menghantar wakil untuk menyertai program ini. Untuk program kali ini seramai 13 orang wakil SMATS telah mendaftarkan diri.

Antara aktivi yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti aktiviti berpengkalan seperti orientering, seni tari, ikhtiar hidup, dan kerubung terbang. Beberapa aktiviti yang telah dipertandingkan sudah pastinya menjadikan rebutan setiap kumpulan kerana pihak penaja telah menawarkan hadiah yang menarik untuk setiap acara yang dipertandingkan. Antara akviti yang dipertandingkan adalah bantu mula, kraftangan, memasak ala rimba, kawad kaki, bercerita dan malam kebudayaan.

Sementara itu, majlis penutupan untuk program ini telah dirasmikan oleh Y.M Datu Ir. Jamigul bin Datu Hj.Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Manusia, JPN Sabah. Majlis penutupan ini telah berakhir pada pukul 11.45 pagi dan semua peserta telah dibenarkan pulang kerumah masing-masing selepas pukul 1.00 petang. Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua peserta.


Sila ke koleksi gambar.

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah