Like FB SMATS KB

Monday, October 18, 2010

53rd World Scout Jambori On The Air & 14th World Scout Jambori On The Air

Tahniah kepada semua peserta pengakap Usukan - Kota Belud yang telah berjaya lulus lencana baru untuk tahun ini. Seramai 25 orang peserta dari SMKA Tun Said telah menyertai World Scout Jambori ini dan diiringi oleh 5 orang Pemimpin.



Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 15 - 17 Oktober 2010 bertempat di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat [ The Tip of Borneo]. Disamping dapat membawa pelajar-pelajar mengunjungi tempat menarik di Sabah, World Scout Jambori ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan The Tip of Borneo ke seluruh dunia sebagai salah satu promosi di peringkat antarabangsa.

Disamping mendapatkan lencana JOTA, pelajar juga didedahkan dengan pengunaan Radio Amatur dan Internet. Pendedahan kaedah telekomunikasi ini adalah amat penting kerana peserta dapat berhubung dengan peserta yang lain secara serentak dari seluruh dunia. Pengalaman ini semestinya amat berharga disamping dapat mendapat kenalan baru dari seluruh dunia.

Antara pencapaian terbaik peserta SMATS sepanjang Jambori ini adalah Johan Kad QSL Kreatif(Individu), Naib Johan Kad QSL Kreatif (Individu), Kumpulan Terbaik JOTA dan Tempat Ketiga kuiz JOTA(Kumpulan). Tahniah kepada semua pemenang.



Kami dari Unit Kokurikulum SMATS ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, para pegawai dan urusetia, para pemimpin dan pengakap kelana. Kepada semua peserta pengakap Remaja dan Muda dari Usukan Kota Belud, tahniah kerana telah berjaya memperolehi lencana baru.

Sila ke koleksi gambar untuk gambar-gambar yang lain.

1 comment:

Gambar Panorama Sekolah