Like FB SMATS KB

Monday, June 20, 2011

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2011

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kumpulan bahas SMATS yang mewakili negeri Sabah ke pertandingan bahas peringkat Kebangsaan tahun 2011 bertempat di negeri Perlis pada 21 Jun 2011.


Daun pandan harum mewangi,
buat penyeri di dinihari,
Moga idea tidak tandus nanti,
Pasti kejayaan akan mengiringi.


Semoga berjaya...

Tuesday, June 14, 2011

Karnival Sukan Permainan 2011

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN TAHUN 2011
SMKA TUN SAID
TARIKH: 15 -16 JUN 2011 [RABU – KHAMIS]
MASA: 7.00 PAGI
TEMPAT: PADANG DAN DATARAN SMATS
PAKAIAN: SUKAN LENGKAP
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN PENYELARAS
1. BOLA SEPAK – EN. MADRUM
2. BOLA JARING – CIK RISMAWATI
3. BOLA BALING – EN. ANAS
4. BOLA TAMPAR – EN. ZAWAWI
5. PETANQUE – EN. RIDZUAN
6. PING PONG – EN. AZMAN
7. PERMAINAN DALAMAN [ CATUR ] – EN. CHE HAMZAH
8. SEPAK TAKRAW – EN. ABDUL AZIZ
SEMUA GURU DAN PELAJAR ADALAH TERLIBAT.
SEKIAN, HARAP MAKLUM

Thursday, June 2, 2011

Jasamu dikenang Pn. Rasidah Ahmad


TERIMA KASIH KERANA TELAH MENABUR BAKTI DI SMATS.. SYUKRAN



SEMOGA TERUS BERJAYA DITEMPAT BARU DENGAN PENGALAMAN YANG DITIMBA DI SMKA TUN SAID..
JAZAKALLAHHUKHAIRAN KATH'IRA

DARI KAMI UNIT KOKUM SMATS SERTA WARGA SMATS SELURUHNYA





Sunday, May 15, 2011

Selamat Menyambut Hari Guru 2011




Kami warga SMATS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik walau dimana anda berada. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.




GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

sila klik di sini untuk versi lagu tema dengan vokal.

Wednesday, May 4, 2011

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAID TAHUN 2011

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Perdana sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-

Tajuk:Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMKA Tun Said
Tarikh:21 Hingga 23 Mei 2011.
Masa:8.00 pg. 21/5 hingga 3.00 ptg. 23/5/2011
Tempat: D'Valley Ratau, Kg. Ratau, Menggatal, K.K.
Tema : 1 Rumpun 1 Matlamat
Sasaran:Pelajar SMATS (Pemilihan oleh guru penasihat unit beruniform)
Perasmian penutup: YDP PIBG SMKA Tun Said En. Saudey

Sepanjang perkhemahan, terdapat beberapa pertandingan dan aktiviti dijalankan anataranya ialah: 1. Pertandingan Melukis Panji/Bendera Pasukan. 2.Pertandingan Kawad Kaki Formasi. 3. Pertandingan Memasak. 4.Jungle Tracking. 5.Pertandingan Persembahan Kumpulan. 6.Pertandingan Memasang/menurunkan khemah/gadget perkhemahan. (***Sebarang perubahan tertakhluk kepada Urusetia Perkhemahan tanpa sebarang notis)

Sekian untuk makluman anda, terima kasih.

Pencapaian Terbaik SMATS tahun 2011

Kami warga SMATS ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Bahas Sekolah Menengah Agama Tun Said kerana telah berjaya menjadi Johan pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri dan akan mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan pada bulan Jun nanti bertempat di negeri Perlis. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah dan juga guru-guru pembimbing bahas.
Semoga kejayaan akan terus mengiringi pasukan SMATS dalam apa jua lapangan.

Kepada peserta Catur sekolah, Saudara Mohd Kamarul Arif yang akan menyertai pertandingan catur peringkat kebangsaan nanti, pihak Unit Kokum dan semua warga SMATS mengucapkan tahniah di atas pencapaian anda.

Pencapaian Dato Muallim dalam arena trak bagi acara 1500 m juga tidak menghampakan harapan pihak sekolah kerana telah berjaya memenangi pingat perak di kejohanan olahraga peringkat negeri di Kudat baru-baru ini. Manakala pemain sepak takraw sekolah Saudara Azlizan bin Asmailun tidak kurang juga hebatnya kerana telah mewakili Daerah Kota Belud untuk pertandingan sepak takraw peringkat negeri pada bulan April yang lalu, walaupun telah terpilih untuk ke peringkat kebangsaan, kekangan masa untuk menduduki peperiksaan PMR yang semakin mendekat menyebabkan beliau terpaksa menarik diri untuk memberi keutamaan dalam pencapaian akademik.

Tirai tahun 2011 telah dibuka dengan pencapaian cemerlang keputusan SPM tahun 2010 dengan pencapaian terbaik 11A dan di semarakkan lagi dengan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum. Kini nama SMKA Tun Said tidak akan menjadi asing lagi di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam memberi sumbangan mahupun dorongan kepada anak didik SMKA Tun Said untuk terus berjaya.

Saturday, February 19, 2011

Kusus Pemantapan Pengurusan Unit Kokurikulum dan Unit Pengawas

Kursus ini akan diadakan pada:

Tarikh: 18 - 19 Feb 2011
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa Pendaftaran: 2.00 petang -Jumaat
Majlis Penutupan: 4.00 petang -Sabtu

Semua wakil setiap unit yang telah terpilih diwajibkan hadir sepanjang kursus ini berlangsung.
Sekian, harap maklum

Maklumat lanjut: S/U Kokurikulum

Gambar Panorama Sekolah