Like FB SMATS KB

Wednesday, May 4, 2011

Pencapaian Terbaik SMATS tahun 2011

Kami warga SMATS ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Bahas Sekolah Menengah Agama Tun Said kerana telah berjaya menjadi Johan pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri dan akan mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan pada bulan Jun nanti bertempat di negeri Perlis. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah dan juga guru-guru pembimbing bahas.
Semoga kejayaan akan terus mengiringi pasukan SMATS dalam apa jua lapangan.

Kepada peserta Catur sekolah, Saudara Mohd Kamarul Arif yang akan menyertai pertandingan catur peringkat kebangsaan nanti, pihak Unit Kokum dan semua warga SMATS mengucapkan tahniah di atas pencapaian anda.

Pencapaian Dato Muallim dalam arena trak bagi acara 1500 m juga tidak menghampakan harapan pihak sekolah kerana telah berjaya memenangi pingat perak di kejohanan olahraga peringkat negeri di Kudat baru-baru ini. Manakala pemain sepak takraw sekolah Saudara Azlizan bin Asmailun tidak kurang juga hebatnya kerana telah mewakili Daerah Kota Belud untuk pertandingan sepak takraw peringkat negeri pada bulan April yang lalu, walaupun telah terpilih untuk ke peringkat kebangsaan, kekangan masa untuk menduduki peperiksaan PMR yang semakin mendekat menyebabkan beliau terpaksa menarik diri untuk memberi keutamaan dalam pencapaian akademik.

Tirai tahun 2011 telah dibuka dengan pencapaian cemerlang keputusan SPM tahun 2010 dengan pencapaian terbaik 11A dan di semarakkan lagi dengan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum. Kini nama SMKA Tun Said tidak akan menjadi asing lagi di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam memberi sumbangan mahupun dorongan kepada anak didik SMKA Tun Said untuk terus berjaya.

No comments:

Post a Comment

Gambar Panorama Sekolah