Like FB SMATS KB
Wednesday, May 4, 2011
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Perdana sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
Tajuk:Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMKA Tun Said
Tarikh:21 Hingga 23 Mei 2011.
Masa:8.00 pg. 21/5 hingga 3.00 ptg. 23/5/2011
Tempat: D'Valley Ratau, Kg. Ratau, Menggatal, K.K.
Tema : 1 Rumpun 1 Matlamat
Sasaran:Pelajar SMATS (Pemilihan oleh guru penasihat unit beruniform)
Perasmian penutup: YDP PIBG SMKA Tun Said En. Saudey
Sepanjang perkhemahan, terdapat beberapa pertandingan dan aktiviti dijalankan anataranya ialah: 1. Pertandingan Melukis Panji/Bendera Pasukan. 2.Pertandingan Kawad Kaki Formasi. 3. Pertandingan Memasak. 4.Jungle Tracking. 5.Pertandingan Persembahan Kumpulan. 6.Pertandingan Memasang/menurunkan khemah/gadget perkhemahan. (***Sebarang perubahan tertakhluk kepada Urusetia Perkhemahan tanpa sebarang notis)
Sekian untuk makluman anda, terima kasih.
Pencapaian Terbaik SMATS tahun 2011
Semoga kejayaan akan terus mengiringi pasukan SMATS dalam apa jua lapangan.
Kepada peserta Catur sekolah, Saudara Mohd Kamarul Arif yang akan menyertai pertandingan catur peringkat kebangsaan nanti, pihak Unit Kokum dan semua warga SMATS mengucapkan tahniah di atas pencapaian anda.
Pencapaian Dato Muallim dalam arena trak bagi acara 1500 m juga tidak menghampakan harapan pihak sekolah kerana telah berjaya memenangi pingat perak di kejohanan olahraga peringkat negeri di Kudat baru-baru ini. Manakala pemain sepak takraw sekolah Saudara Azlizan bin Asmailun tidak kurang juga hebatnya kerana telah mewakili Daerah Kota Belud untuk pertandingan sepak takraw peringkat negeri pada bulan April yang lalu, walaupun telah terpilih untuk ke peringkat kebangsaan, kekangan masa untuk menduduki peperiksaan PMR yang semakin mendekat menyebabkan beliau terpaksa menarik diri untuk memberi keutamaan dalam pencapaian akademik.
Tirai tahun 2011 telah dibuka dengan pencapaian cemerlang keputusan SPM tahun 2010 dengan pencapaian terbaik 11A dan di semarakkan lagi dengan pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum. Kini nama SMKA Tun Said tidak akan menjadi asing lagi di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam memberi sumbangan mahupun dorongan kepada anak didik SMKA Tun Said untuk terus berjaya.
Saturday, February 19, 2011
Kusus Pemantapan Pengurusan Unit Kokurikulum dan Unit Pengawas
Tarikh: 18 - 19 Feb 2011
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa Pendaftaran: 2.00 petang -Jumaat
Majlis Penutupan: 4.00 petang -Sabtu
Semua wakil setiap unit yang telah terpilih diwajibkan hadir sepanjang kursus ini berlangsung.
Sekian, harap maklum
Maklumat lanjut: S/U Kokurikulum
Monday, January 24, 2011
Borang Maklumat Pelajar 2011
Pautan: http://hotfile.com/dl/99041911/553058c/LapTop_1M.7z.html
Sekian, harap
maklum.Pelajar Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan
Wednesday, January 19, 2011
Mesyuarat Agung Kokurikulum Tahun 2011
Mesyuarat Agung Kali Pertama Tahun 2011 bagi semua unit beruniform SMKA Tun Said akan di adakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Januari 2011
Masa: 1.05 petang
Tempat: Seperti yang telah di tetapkan
Unit: Unit Pakaian Beruniform
Kelab & Persatuan
Sukan & Permainan
Semua penyelaras Unit-unit kokurikulum sila ambil perhatian.
Tempat Perjumpaan Unit Kokurikulum
Tempat Unit Beruniform Kelab & Persatuan Sukan & Permainan
Masa 1305-1405 1405-1505 1505-1605
1 Alim PPIM Bahasa Arab Bola Jaring
1 Arif BSMM Bahasa Inggeris Bola Baling
1 Hafiz Kor Kadet Polis Bahasa Melayu Ping pong
1 Mahir Kadet Bomba Maths & Sains Bola Tampar
4 PI Pengakap Pend. Alam Sekitar Bola Sepak
2 Alim Pandu Puteri Pend. Islam Sepak Takraw
2 Arif *Silat Penc. Jenayah Kelab olahraga
2 Hafiz *Taekwando Rukun Negara & Setia Kelab Permainan Dalaman
2 Alim KRS - Bowling & Petanq
Bilik KKQ - KKQ
Bilik Komputer - ICT / Komputer
Bilik PSV - PSV
Bilik Kaunselor - PRS
* Bergantung kepada guru penasihat unit.
Agenda Mesyuarat:
1. Perlantikan AJK
2. Perancangan Aktiviti Tahunan
3. Pendaftaran Ahli Baru
4. Lain-lain hal
Friday, January 7, 2011
Selamat Meninggalkan Bumi Negeri Bawah Bayu
Semoga perpindahan beliau ke SMKA Arau, Perlis akan memberi suntikan dan semangat baru disamping isteri tersayang. Selamat tinggal Ustaz Zulkifli....selamat kembali ke negeri Perlis. Kami dari warga SMATS terutama daripada unit Kokurikulum ingin mengucapkan 'Selamat Maju Jaya'
Thursday, January 6, 2011
Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum SPM 2010

Kepada semua GPK / Setiausaha Kokurikulum sila isi markah kokurikulum pelajar lepasan SPM 2010 di alamat seperti yang tertera:
http://apps.moe.gov.my/emkoko/login_b.cfm
Sila gunakan enjin pencarian Internet Explorer sahaja.
Tarikh tutup mengisi secara online adalah pada : 15 Januari 2011
Sekian, harap maklum.



