Like FB SMATS KB

Thursday, September 2, 2010


Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa & Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H
dari kami Unit Kokurikulum SMKA Tun Said Kota Belud
~ Maaf Zahir BAtin ~
Sila sampaikan ucapan Raya anda kepada warga SMATSKB di sini... sekiranya berminat

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamai'e






Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Majlis Khatam Al-Quran & IftarJamai'e telah diadakan pada hari ini 31 Ogos 2010. Acara tahunan semperna bulan yang penuh kemuliaan ini, telah berlangsung di Dewan Ukhuwwah bermula jam 4.30 petang, seterusnya Majlis berbuka puasa bersama semua warga SMATS.


Tahniah kepada semua warga SMATSKB yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program ini.


Sila ke koleksi album gambar untuk melihat gambar-gambar aktiviti...

Sunday, August 29, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi


Merdeka!Merdeka!Merdeka!!

Salam kemerdekan dari kami,

Berjiwa patrotik sikit minggu ini!, maklum la selang beberapa hari lagi, negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53, usia yang masih muda untuk sambutan kemerdekaan negara jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Persoalannya cukupkah sekadar laungan MERDEKA! ? Cukupkah sekadar tidak dijajah negara asing?.

Dimanakah kita di merdeka kali ni? dimanakah pemikiran kita? Dimanakah kefahaman kita tentang merdeka?
Dalam mempersoal kisah dan cerita merdeka, mungkin boleh kita pikirkan akan penat lelah perjuang negara mempertahankan kemerdekaan negara 53 tahun yang lepas. Pertahankan kemerdekaan pada tahun 2010 bagi rakyat Malaysia kini sebenarnya lebih getir, ia melibatkan pemikiran, dalaman yang masih dijajah unsur unsur barat.



Bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi, kemerdekaan kali ini dilihat dalam bentuk perpaduan kaum, dan juga membentuk satu kejayaan yang mampu dihasilkan, sama-sama kita renungkan.

Di peringkat SMATS, kami dari Unit Kokurikulum dengan kerjasama UBK, Panitia Sejarah, PSK, PSV juga tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik sempena bulan Kemerdekaan ini. Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti Melukis Jalur Gemilang [paling panjang di KB], Pertandingan Melukis banner, poster, sayembara puisi, kelas dan asrama merdeka, tayangan video merdeka, dan pertandingan menulis esei kemerdekaan. Acara penyampaian hadiah serta penutupan bulan kemerdekaan akan diadakan pada 22 September 2010.

Semoga Kemerdekaan pada tahun ini akan membawa pengertian yang lebih mendalam di dalam jiwa anak-anak merdeka!

Wednesday, May 19, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2010

Acara Senam Robik

Aktiviti Gotong Royong sempena Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada
15 Mei 2010..

Untuk koleksi gambar sila ke menu Album Gambar.

Tuesday, March 30, 2010

Unit Kokurikulum SMATS



Blog ini dibangunkan untuk menyalurkan maklumat serta aktiviti yang berkaitan dengan Kokurikulum SMKA Tun Said dari masa ke semasa.

Diharap semua dapat bersabar buat masa ini kerana blog ini masih di dalam proses dibangunkan.



Wednesday, March 24, 2010



Terima Kasih kerana sudi singgah sini...

blog ini masih lagi di dalam pembinaan...

Harap maaf.

Thank you for visit our blog.

This blog is under construction.

Sorry for any convenient.


Gambar Panorama Sekolah