Merdeka!Merdeka!Merdeka!!
Salam kemerdekan dari kami,
Berjiwa patrotik sikit minggu ini!, maklum la selang beberapa hari lagi, negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53, usia yang masih muda untuk sambutan kemerdekaan negara jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Persoalannya cukupkah sekadar laungan MERDEKA! ? Cukupkah sekadar tidak dijajah negara asing?.
Dimanakah kita di merdeka kali ni? dimanakah pemikiran kita? Dimanakah kefahaman kita tentang merdeka?
Dalam mempersoal kisah dan cerita merdeka, mungkin boleh kita pikirkan akan penat lelah perjuang negara mempertahankan kemerdekaan negara 53 tahun yang lepas. Pertahankan kemerdekaan pada tahun 2010 bagi rakyat Malaysia kini sebenarnya lebih getir, ia melibatkan pemikiran, dalaman yang masih dijajah unsur unsur barat.
Bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi, kemerdekaan kali ini dilihat dalam bentuk perpaduan kaum, dan juga membentuk satu kejayaan yang mampu dihasilkan, sama-sama kita renungkan.
Di peringkat SMATS, kami dari Unit Kokurikulum dengan kerjasama UBK, Panitia Sejarah, PSK, PSV juga tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik sempena bulan Kemerdekaan ini. Antara program yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti Melukis Jalur Gemilang [paling panjang di KB], Pertandingan Melukis banner, poster, sayembara puisi, kelas dan asrama merdeka, tayangan video merdeka, dan pertandingan menulis esei kemerdekaan. Acara penyampaian hadiah serta penutupan bulan kemerdekaan akan diadakan pada 22 September 2010.
Semoga Kemerdekaan pada tahun ini akan membawa pengertian yang lebih mendalam di dalam jiwa anak-anak merdeka!